KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menafikan dakwaan menyatakan pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur perlu mengosongkan rumah dalam tempoh 42 hari.
PKB dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tempoh 42 hari tersebut adalah jangka masa untuk pemilik terlibat dengan pengambilan tanah untuk mengemukakan bantahan dari tarikh siasatan Pengambilan Tanah ditentukan.
Kenyataan berkenaan turut memaklumkan pemilik kediaman di kawasan itu telah melalui proses rundingan bersama pemaju sejak 2016 yang mana pemilik pertama telah menandatangani perjanjian usahasama pada 8 Ogos 2016 untuk meneliti dan menimbang tawaran pembangunan semula secara usahasama oleh pemaju.
Pada masa sama kenyataan itu menyebut, pihak pemaju juga sedang dalam proses rundingan bersama pemilik unit flat PKNS Sungai Baru bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pampasan untuk memastikan proses pembangunan semula itu dapat dijalankan dengan adil.
"Kaedah pengambilan tanah adalah satu proses melibatkan perundangan. Proses siasatan pengambilan tanah kedua bagi tujuan untuk memuktamadkan jumlah pampasan bagi lot-lot teres masih belum dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kuala Lumpur.
"Berdasarkan prinsip penentuan pampasan, jumlah pampasan yang mencukupi berdasarkan nilai pasaran perlu dibayar kepada pihak berkepentingan," menurut kenyataan itu hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan pampasan pemindahan di Kampong Bharu adalah rendah selain rintihan segelintir penduduk yang berkumpul untuk memohon kerajaan campur tangan isu pampasan pengosongan unit.
Pada 2016 pihak pemaju telah dipelawa oleh Persatuan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru (PPHKSB) untuk mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan Sungai Baru, Kampong Bharu.
Sehubungan itu, sejumlah 382 unit melibatkan 64 lot teres dan 264 unit flat terlibat dengan projek pembangunan semula tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Pemandangan kawasan Kampong Bharu yang dihimpit pembangunan. - Gambar hiasan/ Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Pencahayaan Pintasan Saloma bertemakan "Ghostbusters: Afterlife" mulai hari ini
Ini sempena tayangan pembukaan filem baharu itu di seluruh pawagam pada Khamis.
PKB hanya bertindak sebagai fasilitator dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru
Perjanjian usaha sama tersebut adalah antara pemilik tanah/petak dengan Ritzy Gloss Sdn Bhd.
Insiden LRT bertembung: Prasarana mohon maaf kepada rakyat Malaysia
"Kami amat dukacita dengan kejadian ini yang menghapuskan rekod baik LRT Laluan Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 23 tahun.-
Prasarana minta 83 penumpang tampil untuk urusan sumbangan ihsan
Prasarana setakat ini hanya dapat mengenal pasti 130 penumpang yang terlibat dalam insiden pertembungan tren LRT baru-baru ini.
PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.
PKP 2.0: Kampong Bharu lengang, tidak sesak seperti biasa
Bagi peniaga, tiada apa mereka boleh katakan selain perniagaan terjejas teruk dan jumlah pelanggan merosot, ada yang berkurang sehingga 80 peratus.
Pembangunan Kampong Bharu: Utamakan kepentingan anak jati - Adib
Ia sekali gus kewajipan kepada semua pihak bahawa apa pun hala tuju yang dituju ianya mesti untuk kesejahteraan umat Islam di Kampong Bharu.
Kerajaan komited bangunkan Kampong Bharu - Annuar Musa
Kerajaan dalam perancangan untuk memodenkan kawasan tersebut.
Selesaikan isu pemilikan sebelum cerita pembangunan Kampong Bharu - MAS
Semua pihak perlu menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampong Bharu sebelum membuat sebarang perancangan untuk pembangunannya.
Pembelian tanah RM1,000 sekaki di Kampong Bharu mungkin tidak dapat dilaksana - Menteri
Tawaran pembelian tanah RM1,000 sekaki persegi bagi pelan konsep pembangunan Kampung Bharu mungkin tidak dapat dilaksanakan.